Posts

Showing posts from April, 2020

COVID 19 - PKP FASA KE 3

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera,   Masa berlalu sangat pantas, tanpa kita sedar kita sudah berada di penghujung bulan April tahun 2020. Banyak perkara yang berlaku sepanjang tempoh ini sama ada dalam keluarga sendiri, masyarakat, negeri, negara mahupun di seluruh dunia. Tahun 2020 adalah tahun yang sangat mencabar dan mungkin juga tahun pengajaran untuk semua manusia yang wujud di muka bumi ini. Kini, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia telah masuk fasa ketiga dan bulan ramadan semakin hampir.  Melihatkan kepada statistik yang dikeluarkan oleh KKM pada sidang media setiap petang, nampak penurunan jangkitan baru di Malaysia. Tetapi, langkah keselamatan yang kita amalkan sekarang masih perlu diteruskan supaya Malaysia betul-betul bebas daripada jangkitan Covid-19.  Seperti yang telah kita tahu, tahun ini tiada bazar ramadan, tiada solat terawih dan tiada solat hari raya. Aktiviti kunjung mengunjung pada hari raya juga tidak dibenarkan supaya tiada kluster baru yang

Birthday Aina yang ke 9 tahun.

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera, 5 April, genaplah usia Aina 9 tahun. Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana sentiasa menjaga dan melindungi anak-anak saya. Birthday Aina kali ni buat kat rumah sendiri, kek dan makanan semua pun masak sendiri je. Cukuplah untuk kami makan anak-beranak. Kali ni ringkas je, sebab pergerakan terhad kan..jadinya cukuplah buat apa yang patut je. Aina dah besar dan dia pun paham pasal keadaan sekarang ni. Nanti lah, dah reda semuanya baru la kita fikir lain. Apa-apa pun, happy birthday untuk anak mama Aina yang sulung ni..doa mama agar Aina berjaya dan cemerlang di dunia hingga akhirat. Mama always love you.  -----------------------------------------------------------------