COVID 19 - PKP FASA KE 3
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Masa berlalu sangat pantas, tanpa kita sedar kita sudah berada di penghujung bulan April tahun 2020. Banyak perkara yang berlaku sepanjang tempoh ini sama ada dalam keluarga sendiri, masyarakat, negeri, negara mahupun di seluruh dunia. Tahun 2020 adalah tahun yang sangat mencabar dan mungkin juga tahun pengajaran untuk semua manusia yang wujud di muka bumi ini.
Kini, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia telah masuk fasa ketiga dan bulan ramadan semakin hampir. Melihatkan kepada statistik yang dikeluarkan oleh KKM pada sidang media setiap petang, nampak penurunan jangkitan baru di Malaysia. Tetapi, langkah keselamatan yang kita amalkan sekarang masih perlu diteruskan supaya Malaysia betul-betul bebas daripada jangkitan Covid-19.
Seperti yang telah kita tahu, tahun ini tiada bazar ramadan, tiada solat terawih dan tiada solat hari raya. Aktiviti kunjung mengunjung pada hari raya juga tidak dibenarkan supaya tiada kluster baru yang akan wujud. Semasa Perdana Menteri berucap mengenai tiada solat terawih berjemaah di surau atau masjid, hati ni rasa pilu sangat secara tiba-tiba.
Allah Maha Besar, bersihkanlah dunia ini dari wabak yang sedang menguasi ketika ini.
-----------------------------------------------------------------

Comments
Post a Comment
-Maria Yusoff-