Birthday Aina yang ke 9 tahun.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

5 April, genaplah usia Aina 9 tahun. Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana sentiasa menjaga dan melindungi anak-anak saya. Birthday Aina kali ni buat kat rumah sendiri, kek dan makanan semua pun masak sendiri je. Cukuplah untuk kami makan anak-beranak.

Kali ni ringkas je, sebab pergerakan terhad kan..jadinya cukuplah buat apa yang patut je. Aina dah besar dan dia pun paham pasal keadaan sekarang ni. Nanti lah, dah reda semuanya baru la kita fikir lain.

Apa-apa pun, happy birthday untuk anak mama Aina yang sulung ni..doa mama agar Aina berjaya dan cemerlang di dunia hingga akhirat. Mama always love you.

 -----------------------------------------------------------------


Comments

Popular posts from this blog

Terima Kasih Ina, Ain & Aini (Pengasuh Taska)

♥ REVIEW : Set Bersalin Tanamera ♥

Flora Bay Resort @ Pulau Perhentian