♥ A WIFE & MOM'S LIFE ♥: ♥ Aidilfitri : Kisah Raya di Sepang - Day 2 ♥

Wednesday, August 5, 2015

♥ Aidilfitri : Kisah Raya di Sepang - Day 2 ♥

 
Raya ke-2 (sabtu) kami masih lagi berkisah di Kg. Bukit Bangkong, Sg. Pelek, Sepang, Selangor.  Bangun je pagi raya ke-2 tu, aku da siap-sedia gosok baju untuk pakai hari tu.  Pastu dah siap semua keje, baru la aku kisahkan budak-budak & bapak budak.   Punya la semangat nak pergi beraya..last-last si Fairuz kata kita jalan raya malam nanti.  Aduhai la...ape la nak buat sepanjang hari siang ni.  

Ok, terus la otak mama yang bergeliga ni tukar plan..tak sanggup weh aku nak duduk kat rumah je..budak-budak pun confirm la bosan nanti.  So, memang plan pagi sabtu nak kena bawak aina pegi tindik telinga dia yang lagi sebelah.  Kisah tindik tu kat SINI.  

Kitorang pun gerak la ke Sg. Pelek lepas dah sarapan tu.  Sampai je kat kedai emas tu, amoy kat situ pun tengok la kan telinga si Aina.  Tiba-tiba je dia kata tak boleh tindik masa tu pasal kitorang tak buka kan subang aina yang senget tu.  Amoy tu kata dia ada bagi tau si Fairuz..ntah camne dia boleh tak dengar lak part suruh buka subang tu...ggrrr... dah la si Aina pakai subang sebelah telinga je.  Next balik kampung baru tindik yang lagi sebelah tu.. 

Dah tu nak buat camne..balik la kami tanpa drama air mata si Aina..hahaha.. Tapi, kitorang tak terus balik pun, kitorang gi singgah Pantai Bagan Lalang dulu..saje nak bawak ainas jalan-jalan kat pantai.  Actually, this is the first time for Inas going to the beach. 

Tengoklah tu..how excited she is.. First time sampai pantai, terus pijak pasir dengan takde perasaan geli geleman pun.  Dia sangat enjoy kat pantai tu.


Ok, kisah di petang hari lak, kitorang pegi habiskan masa pegi petik rambutan kat kebun orang..huhu.. kebun adik abah sebenarnya ni.  Ni pun first time untuk Inas gak.. Tapi, anak-anak mama memang pandai enjoy la walau letak kat mana-mana pun.  Mama pun enjoy gak tengok buah rambutan gadinga yang berlambak & ofkos la sedap & manis kan.. hehe.





Kisah malam hari seperti yang dirancangkan, kami pun berjalan la pegi beraya rumah saudara-mara belah arwah mak mertua ku.  Aku tak sempat kenal ibu mertuaku, jadinya aku cuma ada abah mertua, ipar-ipar & biras-biras je.  Beraya ke rumah adik-beradik arwah mak mertuaku pun membawa pengertian yang buat kami sekeluarga.  Semoga hubungan kekeluargaan ini akan kekal terjalin selamanya.

Seronok berjalan raya time malam-malam ni pasal tak berpeluh badan.  Maklumlah malam kan sejuk..nak nak lagi bila kat kampung-kampung.  Aina & Inas takde la timbulkan masalah sangat time berjalan raya.  Cuma cukup masa, Inas akan minta ditidokan & Aina pun akan mula la susun badan.  Bila diorang dah tido, jawapannya, berpikul la kami anak sorang satu.  Papa, totally akan handle aina la..pasal dia la si Badang saya.. Hehehe.

Ok, tu je nak story...chow   





 F♥A♥M♥I
keluarga kecil saya.  Syukur Selalu ku kepada Mu. 

♥maria yusoff♥

No comments:

Post a Comment

-Maria Yusoff-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...