Mengenali si Kecil yg Comel

Assalamualaikum,

Seperti yg dijanjikan, kali ni n3 psl mlm pertama mama mengenali aina faqihah. Selepas selsesai urusan melahirkan, mama tggu kedatangan aina & papa. Sejurus lepas aina sampai, papa pun muncul. Masa tu lebih kurang jam 8.00 mlm. Sebaik sampai, papa angkat aina utk azan & iqamat kan di telinga aina. Mama terharu sgt masa tu, memikirkan yg hidup mama telah lengkap.

Tepat kul 8.30 mlm, mama & aina pn ditolak masuk wad. Selepas selesai semua hal-hal penting, papa pn balik rmh utk berehat. Mama tau, walaupun papa happy tp, papa pernat menunggu seharian sebenarnya. Lepas papa blk, tinggal la mama ngan aina je kt katil no. 11 tu. Pertama kali memegang aina, mama rasa sayu sgt, kerana Allah telah mengurniakan hadiah yg amat berharga & sempurna buat mama. Mendengarkan tangisan pertama aina, membuatkan mama kuat utk terus berjaga demi memberikan ketenangan & rasa selamat seperti mana aina berada dlm rahim mama. Mama BERJAYA menyusukan aina buat pertama kalinya TANPA perlu memberikan susu yang lain. Saat itu mmg mama idamkan sejak aina dalam rahim lagi.

Malam pertama mama ngan aina adalah mlm yg sgt happy buat mama kerana moment tu hanya utk kita berdua sahaja. Moment aina first time belajar utk menyusu, bernafas udara yg sama ngan mama, skin to skin contact & mendengar suara mama. Apelah agaknya yg aina rasakan masa tu. Tp, yg nyatanya perasaan mama masa tu bersyukur sgt pada Allah kerana telah hadirkan aina dlm hidup mama & papa.

Aina la pengubat hati mama waktu mama dilanda masalah & stress. Gelak tawa & perangai aina yg buat mama tersenyum. Kecomelan aina yg buat mama sentiasa ingin pulang cepat dari tempat kerja.

Sekian dulu buat masa ini. kita berjumpa di n3 yg lain pulak.

Mama Syg Aina


F.A.M

Comments

Popular posts from this blog

Terima Kasih Ina, Ain & Aini (Pengasuh Taska)

♥ REVIEW : Set Bersalin Tanamera ♥

Flora Bay Resort @ Pulau Perhentian