Alhamdulillah...impian mama nak daftar aina ke playgroup tercapai juga. Ikutkn hati tahun lepas lagi nak mula join playgroup ni. Tapi, masa tu papa rasa yg aina masih kecik lagi. Papa kata tunggu aina besar sikit. Ok..mama setuju la gak kn..walaupun hati ku ini memang da tergedik2 sgt nak kasi aina pengalaman & berkawan dgn lebih luas. So, tahun ni aina da genap 3 tahun. Jadinya tanpa membuang masa terus la mama daftar kan nama aina kat kelas ticer effa (Little Tots Puncak Jalil). Kenapa haku sgt bersungguh nak daftar playgroup?
Pasalnya haku nak spent time dgn aina sambil dia belajar & buat aktiviti bersama. Nak harapkan haku buka kelas kat rumah?.. TAK PAYAH!!!. Kalo kat rumah memang takde maknanya nak nyanyi & belajar segala.
Seminggu sekali & sejam utk satu sesi, itu da cukup baik utk haku & aina belajar bersama-sama. Haku ni tak la sekreatif mak-mak yang lain. Takpe la...biarlah haku bayar lebih sikit asalkan haku dapat tengok aina enjoy & explore dengan bimbingan daripada org2 yg lebih berpengalaman. Selain daripada tu gak, haku boleh kenal-kenal dengan parents yang lain. Boleh la gak tambah & jumpa kawan2 baru kan. Ok, setakat ni je la dulu. Lain kali haku citer lagi pasal playgroup ni. Next week start kelas Modul 4 utk aina. Horey...............
|
Group Photo |
|
Art & Craft Time |
|
Art & Craft |
|
Play Time |
|
DoaUntukMH370 |
|
Aina & Elman |
p/s: Last week class Elman Mikael pun join sekali. Hehehe...seronok tgk gelagat dia yg nakal tu.
wahhh seronoknya Aina :-)
ReplyDelete