Aina Dah Sekolah
Hari ini genaplah 10 hari aina bersekolah. Sedar tak sedar dah hampir 2 minggu rupanya anak mama ni pegi sekolah. Sesungguhnya murah rezeki mu anak. Segala perancangan telah diaturkan oleh Allah dengan sebaik-baiknya. Dalam masa kita kalut-kalut nak pindah rumah dan plan nak hantar aina sekolah dekat dengan rumah nyai..tiba-tiba sekolah aina dah tak boleh nak terima kemasukan yang baru lagi. Ok la..sudahnya mama pun redha la yang aina takde rezeki untuk tahun ini. Tapi pindah rumah tetap gak perlu dilakukan. Ye la..papa dah tak diperlukan lagi untuk standby di kuarters MKM..jadinya kita kena la keluar daripada rumah 'kita' tu.. (jangan nak panggil-panggil or offer fairuz duduk kat kuarters lagi ye).
Penghujung bulan 1, tiba-tiba nyai bagi tau yang sekolah aina ada kosong pasal ada sorang budak tu dah takmo pegi sekolah kata maknya. Jadinya, nyai pun terus la booking kan nama aina kat sekolah tu. Ya Allah, murahnya rezeki aina..mama seronok sangat masa tu. Tak sabar rasanya nak tengok aina pegi sekolah. Bila mama cerita kat aina pasal hal tu, nampak aina excited sangat tau. Syukur... Allah memudahkan perancangan yang kita rancangankan.
Sama macam ibu bapa yang lain..hari pertama anak bersekolah mesti parent pun amik cuti kan. Maklumlah..excited & risau kot..hahaha..ke mama yang over excited...ngeh3..
Hari pertama aina pegi sekolah, mama hantar sampai masuk dalam sekolah. Mama tunjuk kan tempat untuk aina letak beg sekolah and mama tunjukan tempat untuk aina duduk. Macam-macam pesanan mama pesan kat aina masa tu dengan harapan aina akan dapat belajar something & semoga aina menjadi insan yang berguna bila da besar nanti... hahaha...dah cam hape je mama ni kan.. hehehe
Alhamdulillah, setakat hari ini, report yang diterima adalah baik. Aina baru nak mula berkawan. Nyai cerita setiap kali nyai amik time balik tu..aina akan main buai dgn kawan-kawan dulu. Ramai da kawan-kawan aina kan. Tiap kali balik sekolah ada je yang panggil-panggil nama aina.. hehehe...
Semoga Aina berjaya dunia & akhirat ye sayang..
Pegi pakai tudung..balik da hilang tudung..huhuhu... |
Ye..anak aku cuma bersekolah di Tabika KEMAS. Jangan ada yang nak compare dengan sekolah anak-anak orang lain. Jangan ada yang nak kondem aku hantar anak aku gi sekolah situ. Setiap orang pasti ada sebab dan alasannya tersendiri dalam memilih tempat untuk anak-anak belajar.
p/s : Dulu aku pun belajar kt KEMAS gak.. Ingat lagi dengan arwah cikgu Latifah.. (semoga roh cikgu ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman). Setiap pagi pegi sekolah, aku akan naik basikal dengan cikgu tipah...hehehe..tu pasal la cikgu tipah sayang kt aku...hahahaha....
Haip.. haip... no compare2...
ReplyDeleteI pon sekolah K.E.M.A.S jugak tau... jadi jugak org :p
Al-fatihah untuk cikgu tipah..