♥ Family Trip : MELAKA 2015 ♥



First of all, ini adalah cerita lama. Mama memang suka buat gini..cerita dah lama baru nak update kat sini.. Orang kata dah basi dah pun..hahaha... mau tak nye basi...citer bulan 3 tapi, update bulan 5..he..

Ok..ok, n3 kali ni nak citer pasal trip family Yusoff & Ju ke Melaka.  Penginapan adalah ditaja sepenuhnya oleh Awon a.k.a Zima a.k.a kakak ku yang sulung. Terima kasih awon & semoga murah, mudah & diberkati rezeki oleh Allah s.w.t. 

mandi kolam
Anak-anak la yang paling enjoy bila bab berjalan-jalan ni. Seronok tengok diorang happy..kita pun akan turut happy sama. Plan ke Melaka dah lama sebenarnya dan tujuan ke Melaka memang nak pegi mandi kolam kat villa A'Farmosa.  Trip kali ni Inas dah 9 bulan dan badannya pun munggil.. jadinya mama pun usaha la cari neck float untuk dia. Terjebak nak beli neck float ni pasal tengok baby spa yang kat puchong tu...hahaha...

Seriusly neck float ni mahal...kalo nak murah sikit korang kena beli online.  Yang aku beli ni brand Ogival harga RM50 selepas less.  Sungguh berbaloi belikan inas neck float ni. Tengok la kat gambar tu, nampak dia relex je mandi kolam.  Kita yg mak & bapak nye ni takde la letih tangan nak pegang dia kat dalam air tu. Boleh la kita pun mandi kolam dengan tenang. huhuhu...

Sape-sape yang ada baby & nak bawak gi mandi kolam, pegi la cari satu pelampung baby tu. Tak rugi pun beli..baby pun boleh enjoy dengan air.

Kitorang check out hari ahad pagi.  Lepas tu kitorang decide nak ke Bandar Hilir...saje la jalan-jalan kat Melaka. Dah sampai Melaka memang wajib la feeling tourist kan..

Beca, Menara Taming Sari & Melaka River Cruise
Mama memang tak pernah naik Menara Taming Sari & Melaka River Cruise sejak benda tu wujud kat Melaka. Jadinya amik la peluang ni untuk merasa..kalo orang tanya, aku pun boleh jawab dah naik gak.  Tapi, yang selebihnya nak kasi pengalaman baru kat anak-anak sebenarnya.  Cam aina, kira berani gak la dia and takde la gayat dia tengok bawah dari atas Menara tu.  Kita akan happy sangat bila dapat tengok anak-anak enjoy.

Ok..tu je la nak update citer yang dah basi ni...
ok..chow.




Comments

Post a Comment

-Maria Yusoff-

Popular posts from this blog

Terima Kasih Ina, Ain & Aini (Pengasuh Taska)

♥ REVIEW : Set Bersalin Tanamera ♥

Flora Bay Resort @ Pulau Perhentian