♥ Aidilfitri : Kisah Raya Di Sepang - Day 1 ♥

 

Kisah raya kami bermula di Sepang tahun ni.  Tahun ni nak kata beraya ala kadar tu takde la sangat..persiapan raya boleh tahan gak la..tapi takde la sampai ke tahap membazir or melampau sangat persiapannya.  Setiap kali nak raya pun, aku akan pastikan baju raya untuk kami sekeluarga mesti ada.  Aku nak anak-anak rasakan betapa seronoknya bila hari raya tiba.  Macam mana yang aku pernah rasa..aku nak mereka pun mengalaminya.  Hep..hep, ..jangan nak mengata aku mama yg terover teruja tau..
Enjoy the picture and caption below... :

Malam raya, Their Acik Acim kasi bunga api untuk diraikan.  Kalo kat sepang, kitorang just duduk je kat laman rumah and enjoy suasana malam raya dengan hiasan bunga api yang ala-ala pesta merdeka gitu. (bateri ntah bape shot) 




 Pagi raya pertama, as usual Fairuz @ Mr. Hubby @ Papa akan pergi ke masjid untuk solat aidilfitri.  Me, just waiting at home while prepare my kids for Salam Raya & prepare some hari raya food.  Oh ye, raya kali ni, aku ngelat sikit.  Aku dah minta mak prepare kan rendang daging awal-awal pastu bekukan.  Pagi raya aku cuma panaskan redang & buat kacang dengan menggunakan paste yang juga telah disediakan awal oleh mak... Hahaha....sila la follow cara ku ini, pasalnya amat memudahkan diri sendiri.  


  Ini anak-anak dara saya.  Aina, Inas & Safiyya (anak buah).  Masing-masing dah bersiap nak salam raya dengan atuk & lain-lain.  Inas memang kejenya asyik la nak mengkudap kuih raya ye.  Mama dok keja dia pasal dia asyik nak angkat balang kaca.  Aina, as usual dengan gaya Diva dia tu la...pagi raya ni dia tak minta make up lagi.. So, muka sangat natural at her age.  Sweet sangat anak mama tu.  Safiyya cute dengan mata bulat & besar dia tu..mulutnya sama becok dengan aina. 


 Ready to go out.  Nak pegi beraya rumah jiran & saudara-mara.



 Inas first time makan buah pulasan & kepenatan at last.


Ok, that's all for now.


♥maria yusoff♥

Comments

Popular posts from this blog

Terima Kasih Ina, Ain & Aini (Pengasuh Taska)

♥ REVIEW : Set Bersalin Tanamera ♥

Flora Bay Resort @ Pulau Perhentian