♥Rabbit : New Family Members♥

Arnab (rabbit) atau kelinci (hare) merupakan sejenis haiwan mamalia yang tergolong dalam famili Leporidae yang tergolong dalam order Lagomorpha. Arnab mudah dikenali dengan telinganya yang panjang dan tirus, gigi kacip tengah yang ketara dalam mulut, kaki belakangnya yang besar berbanding kaki depan, serta ekornya yang pendek. Arnab boleh hidup secara liar mahupun dijadikan haiwan peliharaan atau ternakan yang memberikan sumber makanan kepada manusia.

 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ha...gitu kekdah mukadimahnya..sape-sape yang tak kenal arnab tu tak tau la ye.. hehe... Da lama menyimpan niat & angan-angan nak bela arnab.  Akhirnya...dapat gak sepasang arnab yang kiut miut ni hah.. comel ek.. Officially arnab-arnab ni jadi pets kami pada tarikh 30 Ogos 2015.  Arnab ni import from Sepang to Sg. Buloh.  Alhamdulillah, sehingga kini 2 ekor ni berada dalam keadaan yang sihat.  Harapan kami juga arnab ni akan terus sihat dan terus membesar dan membiak dengan jayanya.  

Lilo & Olaf
Kisah bermula bila ada sekor arnab tiba-tiba datang rumah & Inas menunjukkan sifat mesra haiwan kat arnab tu.  Start hari tu, PaMa pun decide nak bela arnab untuk memupuk sifat sayang kepada haiwan dalam diri anak-anak....chewah..
So, masa balik kampung time cuti merdeka baru ni, papa ainas ajak pegi tengok kandang rabbit.  Sampai-sampai je kat tempat tu, tercengang haku ni hah menengokkan banyak giler rabbit kat situ.  Ada lebih daripada 100 ekor la rasanya.  Tapi, syok tengok arnab-arnab yang ada kat situ semuanya comel-comel sangat.  Ainas pun teruja sangat haku nengoknya.  Aina of course la geli-geleman dengan haiwan berbulu ni.  Inas steady je..bila mama ambil sekor anak arnab tu, dia relex je usik.  

Masa membelek-belek arnab yang ada kat situ dari satu kandang ke satu kandang tapi tak plan pun nak ambil terus.  Tiba-tiba, Fairuz tanya kat Aina nak rabbit yang mana?...terkejut gak la, pasal pada mulanya dia takde lak menunjukkan nak ambil arnab hari tu gak. Apalagi, haku pun terus la suruh Aina pilih sekor arnab, pasal papanya da pilih sekor.  Aina nak arnab yang warna putih katanya.  Jadinya, terus la kitorang ambil 2 ekor dari mak yang berlainan.  Bapak nya haku tak tau sama ke tak...pasal tuan yang empunya arnab tu pun haku confirm tak kenal mana satu bapak anak-anak arnab yang ada kat situ.

Aina with her pets

Lepas dah setel bayar harga 2 ekor arnab tu, kitorang pun gerak balik ke Sg. Buloh petang tu.  Sepanjang perjalanan nak sampai rumah, mama tanya la kat Aina, nak letak nama apa kat arnab tu.  Nama yang dia nak letak sangat-sangat nama Elsa & Anna.. pfftt... memang kena reject la dengan mama.  Princess sorang tu, memang Diva lebih..semuanya pun nak yang ala-ala princess. 

Papa lak nak panggil arnab yang putih tu Jack Frost, pasal putih cam salji.  Kesudahanya, kitorang sepakat letak nama Olaf.  Yang lagi sekor tu, mula-mula nak panggil Lola, pastu tukar jadi Lilo.  Sebenarnya, mama tersalah karakter cartoon.  Terbayangkan watak Stich, tapi sebut nama Lilo.  Bila dah lama-lama baru perasan rupanya salah nama da..... tapi, tak kisah la..janji ada nama nak panggil si 2 ekor tu.  Oh ye.. si Olaf tu arnab jantan & Lilo arnab betina...hehe..


Tokey Arnab

Gambar tokey arnab yang kat atas ni, masa ni kandang baru belum beli lagi.  Kandang baru gambar yang atas sekali.  Hari Ahad kitorang bawak balik Sg. Buloh, hari isnin terus ajak Fairuz pegi pet shop nak beli botol air & Alfalfa Hay untuk Olaf & Lilo.  Cukup seminggu, kitorang pegi lagi pet shop untuk cari kandang yang sesuai.  Sekarang ni, plan nak buat taman mini lak untuk arnab 2 ekor tu.  Seronok bila dapat tengok Olaf & Lilo bebas berlari & main kat atas tanah.  

Tu je la buat masa ni.  Entry lain aku citer pasal hal yang lain lak yang berkaitan arnab ni ye. 


******************************************************************************


Bela ikan tak menjadi, pasal Aina bagi ikan dia makan gabus & lama-lama terapung semua ikan dia.   

Bela kucing tak boleh, pasal mama alergy, aina lak takut kucing. 

♥ maria yusoff ♥

Comments

Popular posts from this blog

Terima Kasih Ina, Ain & Aini (Pengasuh Taska)

♥ REVIEW : Set Bersalin Tanamera ♥

Flora Bay Resort @ Pulau Perhentian