Night Spa Untuk Si Comel
♥♥ ASSALAMUALAIKUM ♥♥
Hari ni nak share sikit pasal budak yang syok layan kena urut. Malam tadi mama rajin sikit nak membelek-belek anak pasal takde kain nak kena lipat..hahaha... Sebenarnya kan, kalau boleh setiap hari, setiap masa pun mama nak belek anak-anak mama tu. Tapi, apakan daya, selagi diri ini masih bergelar penjawat awam, selagi itulah, khidmat ku masih lagi diperlukan. Jadinya, kita kena la pandai bahagikan masa dengan betul supaya semua kerja pun dapat dilaksanakan dengan lancar.
Tengoklah gambar anak mama tu, suka sangat dia bila kena picit-picit badannya tu. Alhamdulillah, setiap kali ajak gosok badan pun, memang anak-anak suka sangat. Kadang-kadang tu pun, diorang sendiri yang request suruh sapu minyak. Dah jadi macam rutin setiap malam, kena sapu minyak dulu sebelum tidur.
So, memandangkan diorang pun suka dan tahap kerajinan ku pun agak tinggi malam semalam, jadinya, terhasilah minyak urut untuk si comel ku itu. Biasanya aku urut guna 'Calming Blend' je, tapi sebab semalam rasa macam nak massage diorang lebih sikit, tu yang bancuh minyak version sendiri tu. Ala, senang je nak buat minyak tu, yang penting bahan-bahan yang diperlukan semua lengkap. Aku guna 2 jenis minyak je...VCO + Essential Oil Young Living (Lavender). Selain daripada VCO, korang boleh guna GrapeSeed Oil, pasalnya minyak nyer takde bau dan lebih cepat diserap ke dalam kulit. Kenapa Young Living???, nanti kita story kat entry lain. Sukatannya aku cuma guna 1 sudu besar VCO + 5 drops lavender. Tu pun dah cukup untuk 2 orang kanak-kanak. Kalau ada lebih, boleh la sapu kat kaki korang.
Bila dah campur tu, aku gaul la perlahan-lahan pasal nak kasi rata. Time ni, korang boleh rasa yang bau lavender tu sangat best dan menenangkan. Lepas dah mix 2 oil tu, ambil sikit letak kat tapak tangan, lepas tu sapu (urut) la ke badan anak. Sambil urut tu, boleh la cakap atau sembang yang baik-baik dengan anak-anak. Bila mereka berada dalam keadaan yang tenang, otak mereka lebih relax dan lebih mudah untuk menerima nasihat daripada kita. InshaAllah, apa pun yang kita cakap masa tu, akan dapat diterima oleh otak dan diserap ke dalam jiwa mereka. Kena pula dengan teknik urutan yang betul + bau lavender yang menenangkan, membantu anak-anak untuk tidur lebih lena lepas diurut. Kalau nak lagi best, korang boleh diffuser..pergghh...confirm..korang akan rasa macam kat dalam spa.
Tapi jap, nak kasi tips sikit ni.
Tips ni untuk siapa-sipa yang first time nak urut anak ye. Mungkin pada mulanya agak mencabar nak suruh anak-anak duduk diam tu. Sebab kanak-kanak lumlahnya memang tak boleh duduk diam kan. So, korang kena slowly tackle diorang tau. Ajak la diorang main-main dulu ke, sembang-sembang ke. Korang boleh kenalkan aktiviti yang korang nak diorang involve tu. Cerita la dulu, apa kesan baik yang diorang akan dapat daripada aktiviti tu. InshaAllah, diorang akan suka bila diorang rasa selamat untuk buat urutan tu.
Bab-bab gini, memang akan ambil masa sikit, tapi kan, bila dah mula, feeling tu jadi lain sangat. Korang akan rasa, bonding dengan anak-anak tu jadi lebih rapat. Ada sesetengah orang, kesannya membuatkan anak mereka jadi lebih 'behave' gitu. Sebab, melalui sentuhan yang betul, akan mewujudkan perasaan yang sangat bahagia dan selamat dalam diri anak-anak.
Kalau semua nak tahu, essential oil ada bermacam-macam khasiat yang boleh diserap ke dalam badan dan kesan setiap minyak adalah berlainan. Jadi, kena tau apa yang korang perlukan sebenarnya. Bukan apa, senang kita nak kenal pasti pati minyak mana yang lebih sesuai untuk korang. Banyak lagi cerita pasal minyak ni. Nanti ku cerita ye.
Ok la, nanti aku share lagi pasal Young Living ni. Sebelum tu, aku nak offer ni...hehe..
Lavender Essential Oil (15ml) RM140.78
Meh whatssapp cepat, boleh dapat harga MURAH.
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
Ingin mencuba menjana pendapatan bersama kami??
Boleh PM saya di FB Wellness Mama Store
Jika anda ingin mendapatkan khidmat photographer,
Boleh PM saya di FB TINJAU PHOTOGRAPHY
Comments
Post a Comment
-Maria Yusoff-