PhoP : Phone Photography by Maria Yusoff

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Terjebak dengan kelas online PhoP sejak bulan lepas. Belajar cara snap gambar, belajar edit gambar dan belajar guna aplikasi baru untuk dapatkan gambar yang lebih menarik. Cikgu yang mengajar namanya Lini Mohd dan orangnya tegas tapi mesra..wahh..gitu gambarannya tau..hahaha...

Ok, macam mana boleh terjebak?..sebab nampak kawan-kawan kat FB post gambar cantik-cantik dan guna hashtag fotofon. Sebelum PhoP, nama asal kelas ni adalah Fotofon. Masa tu cuma tengok sekali lalu je la diorang yang join kelas tu post gambar. Giler tak terjebak, serius..memang gambar yang diorang snap dan edit cantik sangat. Senang kata, tak yah ko nak susun ayat panjang lebar nak sampaikan cerita pasal produk. Tengok gambar pun dah boleh buat orang terliur dan nak beli tau.

So, daripada situ, tergerak la hati nak join juga kelas tu..itu pun selepas 10 batch kelas tu berlangsung, baru la ku terhegeh-hegeh nak join..kahkahkah.. Jadinya, ku register untuk PhoP batch yang ke 11 (first group). Batch 11 ada 2 group sebab ramai sangat yang nak join time tu. 1 batch lebih kurang dalalm 500 orang student max.

Kelas PhoP secara rasminya start awal Oktober. 1st task adalah product photoshoot. Ticer Lini memang suruh snap gambar produk sendiri atau kalau takde produk, snap je gambar kosmetik or skin care yang ada kat rumah tu. Ku bukan la jenis aktif sangat bersuara kat dalam kelas tu. Tapi ku ambil ilmu yang disampaikan kat situ dan ku cuba apply kat gambar yang ku buat.
 
TASK PERTAMA
Hari nak submit task pertama ni, ku tengah ada kelas mengurut orang bersalin lak masa tu. Tapi sebelum tu, memang dah set alarm kat phone untuk submit task. Gambar ni snap masa awal pagi sebelum pegi kelas mengurut.. hahaha...padan muka, gambar tak menjadi. Ticer komen gambar ni dia pelik kenapa jadi biru..mungkin salah edit katanya. Ku pun pelik, padahal guna board warna putih..yang lain-lain ticer komen sikit je pasal tulisan tu patutnya letak kat tengah. Ku terima dan hadam semua komen ticer tu sebagai pelajaran yang sangat bermakna.

TASK KE-2
Task ke-2, adalah Black and White Potrait. Ada la syarat-syarat yang kena ambil kira masa snap gambar ni. Task yang ni rasa macam leceh sikit sebabnya nak kena snap gambar orang yang ada emosi kat muka dia. Dalam kepala otak memang cuma terpikir suami, mak atau bapak je nak kena jadi model. Last-last, ku pilih gambar mak untuk submit task ke ticer. Task ke-2 ni ticer belum komen lagi. Agak berdebar juga tunggu komen dari ticer..hehehe..

Kalau tak dapat top 40 pun takpe la, asalkan dapat jadi winner...hahahaha... Tu la cerita pasal PhoP serba sedikit. Kalau korang nak join PhoP ni, korang boleh register dengan ejen ticer Lini tau. Boleh search kat FB, Lini Mohd.

*******************************************************************************

 YOUNG LIVING ESSENTIAL OIL SELANGOR
Facebook : @ylselangor
Instagram :  @ylselangor


Jika anda ingin mendapatkan khidmat photographer, 
Boleh PM saya di FB TINJAU PHOTOGRAPHY 

Comments

Popular posts from this blog

Terima Kasih Ina, Ain & Aini (Pengasuh Taska)

♥ REVIEW : Set Bersalin Tanamera ♥

Flora Bay Resort @ Pulau Perhentian