Teratak Ainas

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Buka cerita untuk tahun 2020. Alhamdulillah, syukur semuanya selesai dalam masa yang dirancang. Sungguh Allah adalah sebaik-baik perancang. Kita cuma menjalankan apa yang telah dirancangkanNya.

Tahun 2020 start duduk rumah sendiri. Urusan jual beli start masa bulan Ogos 2019. Semuanya diuruskan oleh agen yang terpilih. Dapat kunci rumah lebih awal daripada yang dijangkakan atau lebih tepat pada tarikh 1 Disember 2019.

Beli rumah subsale tak sama dengan beli rumah baru apatah lagi bukan perumahan baru siap dibina. Tapi tu la..percaturan Allah dan doa yang dipanjatkan, akhirnya berjaya ada rumah sendiri.

Hari dapat kunci adalah hari tengok keadaan rumah tu. Sungguh tak tipu ye..kami beli rumah, tak pernah tengok pun apa rupa keadaan rumah tu masa ada penyewa duduk..memang berserah je pada Allah. Pada anda yang nak beli rumah, jangan ikut cara kami..sila pergi tengok rumah yang anda nak beli tu.

Dah dapat kunci, masuk rumah tu dengan agent, check setiap inchi rumah, depan belakang, atas bawah bagi. Alhamdulillah, rumah yang kami beli dalam keadaan baik, ada la tanda-tanda bocor sikit, tapi owner lama rumah tu sangat baik hati..dia kasi kami duit untuk repair yang bocor tu.

Keadaan belakang rumah je yang agak teruk bagi kami. Memang banyak kerja nak dibuat. Tapi kami ok je...sebab yang penting kami dah ada rumah untuk didiami.

Now dah masuk bulan ke 3 duduk kat rumah tu. Syukur...banyak juga la perubahan yang kami buat sendiri. inshaAllah, next entry kita cerita tentang yang lain.

Sekian.
 -----------------------------------------------------------------


Comments

Popular posts from this blog

Terima Kasih Ina, Ain & Aini (Pengasuh Taska)

♥ REVIEW : Set Bersalin Tanamera ♥

Flora Bay Resort @ Pulau Perhentian