Birthday & Anniversary (Fairuz ~ Maria)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


10 tahun lepas pada tarikh 10/4/2020 - Nikah 
Happy Anniversary buat kita. 10 tahun menjalani kehidupan berumahtangga bersama. Alhamdulillah, dikurniakan 3 orang puteri yang membawa rezeki Allah bersama-sama mereka.  Nak sampai ke usia 10 tahun perkahwinan bukan lah sesuatu yang mudah. Banyak cabaran dan dugaan yang perlu dihadapi bersama dalam mengenali isi hati masing-masing.  Belum lagi termasuk usahasama dalam membesarkan anak-anak dengan cara yang terbaik.

Tetapi, syukur sangat kerana dalam 10 tahun hidup bersama ini telah banyak mengajar saya tentang erti kehidupan berumahtangga.  Berselisih pendapat adalah perkara biasa, tetapi salah seorang daripada pasangan mesti mau sabar. Biasanya Fairuz la yang banyak sabar...hahaha...


11 April - Birthday Fairuz
 Selamat hari ulangtahun kelahiran yang ke 38. Semoga sentiasa dalam lindungan dan dikurniakan rahmat Allah, berjaya di dunia dan cemerlang di akhirat. Semoga semakin mendekatkan diri dengan Allah demi menjadi hambaNya yang beriman dan beramal soleh setiap masa.

 -----------------------------------------------------------------


Comments

Popular posts from this blog

Terima Kasih Ina, Ain & Aini (Pengasuh Taska)

♥ REVIEW : Set Bersalin Tanamera ♥

Flora Bay Resort @ Pulau Perhentian