Perubahan Menjadikan Kita Hebat - Tips Menjaga Hati
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Sesuatu yang menarik untuk dikongsikan dengan orang lain. Hidup ini kan ibarat roda..kadang-kadang kita di atas dan ada masanya kita di bawah. Berapa lama kita berada di sesuatu tempat itu adalah bergantung kepada rezeki Allah. Sebaik-baik perancang hanyalah Allah s.w.t.
Ini kisah saya yang baru pindah pejabat. Mungkinkah perpindahan ini adalah yang terbaik untuk saya atau pun sebaliknya. Sungguh saya hanya berusaha untuk memberikan yang terbaik dan berdoa untuk diberikan yang terbaik.
Nak berubah tidak mudah seperti tukar baju. Banyak faktor dan pendapat yang perlu diambil kira. Terutamanya keluarga yang paling hampir dengan kita. Pandangan mereka, keperluan dan kehendak anak-anak, faktor kewangan, faktor umur dan kesihatan dan banyak lagi la.
Memulakan perubahan memerlukan kecekalan untuk terus positif dalam berhadapan dengan situasi yang baru. Jangan mudah mengalah dan jangan buat keputusan yang terburu-buru. Fikirkan tentang baik dan buruk setiap keputusan yang bakal dibuat.
Masuk tempat orang jangan la terjah sesuka hati. Terima cara mereka dan ikut dulu. Sekiranya cara mereka perlu diubah, perlahan-lahan buat perubahan, jangan sampai mencipta musuh tanpa disedari. Tetapi jangan pula sampai hilang diri-sendiri. Integriti penting walau di mana pun kita berada.
Percayalah, Allah sentiasa ada untuk kita. Berubah untuk menjadikan diri kita lebih baik dari yang sebelum ini. Percaturan Allah adalah yang terbaik untuk kita. Ujian hari ini mungkin mendatangkan rezeki yang berlipat kali ganda lebih dari yang ada kini.
Perubahan juga adalah salah satu bentuk rezeki Allah untuk kita. Berubahlah untuk menjadi insan yang lebih baik demi Allah di mata keluarga, rakan-rakan dan masyarakat.
-maria yusoff-
-----------------------------------------------------------------
Comments
Post a Comment
-Maria Yusoff-