Posts

Mencari Rentak Yang Hilang

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Hilang arah, hilang idea, hilang rentak, hilang...hilang... Pasti semua orang pernah mengalami rasa ini. Hilang sampai rasa nak hilangkan diri sendiri. Apa sebenarnya yang diperlukan? Mencari semula diri sendiri memerlukan masa dan ruang yang tersendiri. Kenapa perlu hilang? mungkin Allah nak menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik dari apa yang pernah kita miliki. Setiap kejadian, setiap keadaan, semuanya berlaku HANYA dengan izin Allah s.w.t. kerana Allah adalah sebaik-baik perancang. Kehilangan juga adalah salah satu bentuk pengajaran untuk kita sentiasa sedar akan keadaan sekeliling kita. Kehilangan mengajar kita erti kesabaran dan kebergantungan hidup kita kepada Allah yang esa. Mendapatkan semula rentak kehidupan yang telah dilalui selama ini mungkin tidak akan sama lagi. Mungkin juga rentak itu tidak sesuai lagi untuk digunakan kini. Lebih baik kita memulakan rentak yang baru dengan semangat yang lebih jitu. Tetapi nak mulakan rentak yang

Perubahan Menjadikan Kita Hebat - Tips Menjaga Hati

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Sesuatu yang menarik untuk dikongsikan dengan orang lain.  Hidup ini kan ibarat roda..kadang-kadang kita di atas dan ada masanya kita di bawah. Berapa lama kita berada di sesuatu tempat itu adalah bergantung kepada rezeki Allah.  Sebaik-baik perancang hanyalah Allah s.w.t.  Ini kisah saya yang baru pindah pejabat. Mungkinkah perpindahan ini adalah yang terbaik untuk saya atau pun sebaliknya.  Sungguh saya hanya berusaha untuk memberikan yang terbaik dan berdoa untuk diberikan yang terbaik. Nak berubah tidak mudah seperti tukar baju. Banyak faktor dan pendapat yang perlu diambil kira. Terutamanya keluarga yang paling hampir dengan kita. Pandangan mereka, keperluan dan kehendak anak-anak, faktor kewangan, faktor umur dan kesihatan dan banyak lagi la. Memulakan perubahan memerlukan kecekalan untuk terus positif dalam berhadapan dengan situasi yang baru. Jangan mudah mengalah dan jangan buat keputusan yang terburu-buru. Fikirkan tentang baik dan buruk s

Flora Bay Resort @ Pulau Perhentian

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera, REViEW FLORA Bay Resort. Teluk Dalam Pulau Perhentian. Kali pertama datang sini dengan anak-anak semua dan well organized oleh Wawa Yusoff. Salah satu suka resort ni sebab pantai dia landai. Turun boat terus ke titi dan jalan ke pantai. Tak perlu manjat tangga jeti besar, atau pun tak perlu turun ke laut meranduk air. kalau kata bawak orang tua pun, selesa je dorang nak berjalan ke bilik. tak jauh sangat. Pantai ni tenang. Tak nampak kesibukan boat atau penghuni hipster 😅 Cemana eh nak kata. siapa yang selalu ke resort yang sibuk2 tu paham lah kot aku cakap 😂 Resort ni murah. Rm 299/pax : adult. Rm 269/pax : Children 5-12 Pqckage included :- - 1 day snorkeling : 4 tempat --- Coral garden --- Turtle point 🐢  --- Shark Point 🦈  --- Latar Air Berani (air sejuk 🥶) - 2 jam trip picnic kat Teluk Kekir with light snack. (bihun/sandwich) boleh pilih. kat Teluk Kekir ni anak-anak memang puas main dengan ikan, pantai air jernih y

Ramadan 2020

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Berbeza sangat sambutan puasa kali ini. Ye la, berpuasa di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Tiada solat tarawih di surau dan masjid dan tiada bazar ramadan. Bagi saya besar sangat hikmahnya. Tahun ini la si suami dapat menjadi imam bagi solat tarawih di rumah bersama keluarga. Bersama-sama dapat menyediakan juadah berbuka puasa dan dapat berbuka puasa bersama anak-anak. Allah...dalam nikmat lain ditarikh, diberikan lagi berganda hikmah kepada semua. Sentiasa bersyukur dengan apa yang berlaku sekeliling kita. Alhamdulillah, setiap hari ada hidangan yang dimasak sendiri untuk ahli keluarga. Tahun sebelum ni hanya mampu untuk membeli dan berkejar masa untuk sampai ke rumah. Syukur....tahun ni berbeza sangat. 😍  -----------------------------------------------------------------

Birthday & Anniversary (Fairuz ~ Maria)

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera, 10 tahun lepas pada tarikh 10/4/2020 - Nikah  Happy Anniversary buat kita. 10 tahun menjalani kehidupan berumahtangga bersama. Alhamdulillah, dikurniakan 3 orang puteri yang membawa rezeki Allah bersama-sama mereka.  Nak sampai ke usia 10 tahun perkahwinan bukan lah sesuatu yang mudah. Banyak cabaran dan dugaan yang perlu dihadapi bersama dalam mengenali isi hati masing-masing.  Belum lagi termasuk usahasama dalam membesarkan anak-anak dengan cara yang terbaik. Tetapi, syukur sangat kerana dalam 10 tahun hidup bersama ini telah banyak mengajar saya tentang erti kehidupan berumahtangga.  Berselisih pendapat adalah perkara biasa, tetapi salah seorang daripada pasangan mesti mau sabar. Biasanya Fairuz la yang banyak sabar...hahaha... 11 April - Birthday Fairuz  Selamat hari ulangtahun kelahiran yang ke 38. Semoga sentiasa dalam lindungan dan dikurniakan rahmat Allah, berjaya di dunia dan cemerlang di akhirat. Semoga sem

COVID 19 - PKP FASA KE 3

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera,   Masa berlalu sangat pantas, tanpa kita sedar kita sudah berada di penghujung bulan April tahun 2020. Banyak perkara yang berlaku sepanjang tempoh ini sama ada dalam keluarga sendiri, masyarakat, negeri, negara mahupun di seluruh dunia. Tahun 2020 adalah tahun yang sangat mencabar dan mungkin juga tahun pengajaran untuk semua manusia yang wujud di muka bumi ini. Kini, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia telah masuk fasa ketiga dan bulan ramadan semakin hampir.  Melihatkan kepada statistik yang dikeluarkan oleh KKM pada sidang media setiap petang, nampak penurunan jangkitan baru di Malaysia. Tetapi, langkah keselamatan yang kita amalkan sekarang masih perlu diteruskan supaya Malaysia betul-betul bebas daripada jangkitan Covid-19.  Seperti yang telah kita tahu, tahun ini tiada bazar ramadan, tiada solat terawih dan tiada solat hari raya. Aktiviti kunjung mengunjung pada hari raya juga tidak dibenarkan supaya tiada kluster baru yang

Birthday Aina yang ke 9 tahun.

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera, 5 April, genaplah usia Aina 9 tahun. Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana sentiasa menjaga dan melindungi anak-anak saya. Birthday Aina kali ni buat kat rumah sendiri, kek dan makanan semua pun masak sendiri je. Cukuplah untuk kami makan anak-beranak. Kali ni ringkas je, sebab pergerakan terhad kan..jadinya cukuplah buat apa yang patut je. Aina dah besar dan dia pun paham pasal keadaan sekarang ni. Nanti lah, dah reda semuanya baru la kita fikir lain. Apa-apa pun, happy birthday untuk anak mama Aina yang sulung ni..doa mama agar Aina berjaya dan cemerlang di dunia hingga akhirat. Mama always love you.  -----------------------------------------------------------------