♥ Weekend : Hujung Minggu Kami Lepak kat Hotel ♥

 
Rezeki kami sekeluarga dapat menginap satu malam kat hotel secara percuma...wuhuuuu....syok sangat...  Ceritanya begini...

Tempat kerja my hubby (MKM) nak buat family day kat Lumut pada asalnya.  Tapi, tarikh tu clash dengan tarikh family day Kementerian diorang.  Bila kementerian buat program, semua agensi di bawah naungan kementerian tu kena la involve sama.  Jadinya, family day di Lumut dibatalkan bagi memenuhi kehendak kementerian.  Kitorang memang tak plan pun nak pegi Lumut tu, pasalnya Fairuz ada kenduri kat Sepang.

Nak dijadikan cerita, semua staff diwajibkan untuk pergi ke family day kementerian tu.  So, MKM pun tempah la hotel kat Bangi untuk penginapan kakitangan mereka.  Malam di Hotel juga diadakan satu majlis Anugerah Inovasi untuk mereka.  Esok paginya semua staff kena bergerak ke Taman Wetland, Putrajaya untuk join family day Kementerian pulak.

Ape yang bestnya bila MKM buat event is, kami tak pegi sendiri...family Ayu pun akan ada sama. Maklumlah, Fairuz & Ayu keje kat tempat yang sama... hahaha... Ye, aku kahwin dengan opismate kakak ku sendiri.... hehehe..  Pegi hotel kali ni, memang suprise untuk anak-anak gak.  Bila aina & aqil berjumpa..masing-masing pun nampak sangat excited.  Inas as usual, memang selalu over excited.  Aktiviti kat hotel biasala.. mandi kolam la pe lagi.  

Lepak kat hotel tanpa attend kursus, memangla sangat heaven tau..masuk je bilik, terus rasa nak landing, pastu ada bathtub lak tu..memang seronok sangat la.  Kat hotel je la boleh nak merasa mandi berendam..kat rumah takkan lak nak berendam dalam besen kot.. rendam kaki je lepas la.. huhuhu..


Hari Ahad pagi kitorang check out kul 8.00 terus gerak ke Putrajaya.  Sampai je kat situ, memang happening gak.. Ada macam-macam gak la kat situ.  Lebih kurang cam Karnival yang MPOB buat awal tahun ni.  Semua pun pandai enjoy & bawak diri kat karnival tu.  Aina & aqil banyak gak la main game-game yang ada kat situ & ada gak la dapat hadiah kecik untuk diorang.

-Thanks to Mr. Hubby bawak kami enjoy-

Comments

Popular posts from this blog

Terima Kasih Ina, Ain & Aini (Pengasuh Taska)

♥ REVIEW : Set Bersalin Tanamera ♥

Flora Bay Resort @ Pulau Perhentian